Sunday 10 April 2011

PERINGATAN YANG SUKA MENDOWNLOAD...

Kadangkala terdapat komputer yang tidak dapat download perisian (software) dengan baik, mungkin proses download yang lambat, terputus-putus, terutamanya jika file perisian tersebut agak besar. Sedangkan capaian internet komputer tersebut berkeadaan baik. Agak sukar untuk saya menjelaskan kenapa kerana ia adalah bergantung terhadap struktur rangkaian (network) di mana komputer tersebut berada, contohnya pejabat yang mempunyai beberapa policies / konfigurasi yang hanya boleh diselidiki oleh pentadbir rangkaian itu sendiri. Contohnya masalah yang dialami oleh saudari zadira.
gambar-logo-downthemall
Oleh itu saya berikan beberapa penyelesaian yang boleh dicuba dengan menggunakan beberapa perisian, agar masalah download tersebut dapat diatasi. Perisian-perisian ini dapat membantu supaya anda boleh download apa-apa files dengan cepat, malah anda boleh tangguh sekejap (jika hendak tutup komputer atau nak jimat network bandwidth) dan anda boleh sambung download semula bila keadaan sesuai!

Cara Download Cepat / Download Beransur-Ansur (Mengurus Download)

    Perisian-Perisian yang boleh dicuba adalah seperti berikut:
  • Add On Firefox: DownThemAll (pastikan anda tidak clear downthemall history supaya dapat sambung download semula pada masa lain).
    downthemall-screenshot
  • FlashGet
    gambar-logo-flashget
  • Internet Download Manager
    Logo-ID-Manager
    IM-unetbootin
  • Ada perisian lain lagi?? Saya biasa guna yang ini sahaja…
ps: sekiranya anda tidak menggunakan talian internet sendiri (contohnya di pejabat), pastikan aktiviti download anda tidak mengganggu bandwidth network. Jika tidak mungkin capaian internet anda akan di block!

No comments:

Post a Comment