Sunday 10 April 2011

CARA MEMBAIKI KAD(RAM/GRAPIC KAD) MENGGUNAKAN GETAH MEMADAM

Cara Membaiki Kad (RAM / Graphic Card) Menggunakan Getah Pemadam
Bagi yang menggunakan komputer lama, selalunya mengalami masalah komputer “tidak stabil”. Ada berbagai-bagi puncanya, tetapi kali ini saya hendak menumpukan kepada masalah terhadap kad yang telah dipasang, contohnya RAM, graphic card, dan seumpamanya.

Contoh Simptom Kerosakan Komputer:

  • - Paparan Monitor kelihatan bergaris-garis.

  • - Kadang-kadang komputer boleh dihidupkan, kadang-kadang tidak boleh pula.

  • Punca Kerosakan:

    Kaki pada kad RAM / Graphic Card telah kotor / berabuk.

    Cara Membaiki Kerosakan:

    Keluarkan RAM / Graphic Card tersebut, gunakan getah pemadam untuk digosokkan pada kaki kad tersebut sehingga berkilat semula (seperti di gambar).
    Pasang semula kad tersebut dan uji pemasangan.

    Gosok RAM dengan getah pemadam
    Baiki Graphic Card dengan getah pemadam
    * Ini hanyalah salah satu kaedah yang boleh digunakan sekiranya terdapat kerosakan RAM / Graphic Card yang boleh anda cuba, bukanlah penyelesaian terhadap semua masalah RAM / Graphic Card....

    ini bagi sya yang membuatnya semalam terhadap pc sya....

    No comments:

    Post a Comment