Sunday 10 April 2011

PENGUNA PERISIAN WINDOWS PADA UBUNTU

WINE: Guna Perisian Windows Pada Ubuntu
Selalunya apabila beralih menggunakan sistem operasi Ubuntu, kerapkali pengguna akan mengalami masalah untuk menggunakan beberapa perisian yang compatible dengan Windows tetapi tidak compatible dengan Linux (Ubuntu) pula. Silap-silap kepala pun jadi buntu kerana tiada satu pun program yang boleh digunakan sekiranya selama ini hanya bergantung kepada Windows sahaja.
logo-wine-hq
Namun, sebenarnya masalah ini masih boleh diatasi dengan menggunakan perisian “orang tengah” diantara program yang compatible dengan Windows dengan sistem operasi Ubuntu. Perisian yang dimaksudkan ialah WINE. Walaupun namanya kurang sedap untuk disebut, tetapi ia hanya nama perisian sahaja, ia tiada kaitan langsung dengan air setan dan seumpamanya :)

Saya tidak jamin semua perisian boleh diinstall pada program WINE, tetapi selalunya program stand-alone biasanya tiada masalah, kadangkala network program pun tiada masalah. Contoh perisian yang boleh diinstallasi pada program Wine ialah perisian Adobe Photoshop, game Counter Strike, game Crisis, game DOS dan lain-lain. Senang cerita anda boleh cuba dahulu untuk melihat hasil keberkesanannya.

Cara Install Program WINE pada Ubuntu:

  1. Buka terminal command mode
  2. Taip sudo apt-get install wine
  3. Ikut arahan sehingga selesai installasi (perlu talian internet)

Cara Install Program Windows pada Program WINE:

  1. Right Click pada file “.exe” perisian windows tersebut > Klik “Properties” > Pilih “Permissions” tab > Tick pada “Allow executing file as program” > Klik “OK”
    Ubah-Permissions-File
  2. Double Click pada file “.exe” perisian windows tersebut
  3. Pilih program Wine untuk jalankan installasi perisian tersebut
  4. Buka Perisian yang telah diinstallasi pada Menu Ubuntu: Applications > Wine > …

No comments:

Post a Comment